Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
perang di gaza
Gambar: BERNAMA

Malaysia Menyambut Baik Usaha Amerika Syarikat Ke Arah Mengakhiri Perang Di Gaza

Nur Erizsha

Malaysia Menyambut Baik Usaha Amerika Syarikat Ke Arah Mengakhiri Perang Di Gaza

Malaysia menyambut baik usaha Presiden Donald J. Trump untuk menamatkan perang oleh Israel ke atas Gaza melalui pelan komprehensif yang telah diumumkan pada 29 September 2025 di Washington, DC.

Pelan tersebut yang telah sekian lama dinantikan oleh masyarakat antarabangsa merupakan suatu langkah penting ke arah menamatkan dengan segera jenayah genosid, kebuluran dan kemusnahan di Gaza.

Malaysia berharap agar pelan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, seterusnya membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan, pengunduran tentera Israel, kepulangan pelarian dan rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa, serta pembinaan semula Gaza.

Malaysia menekankan bahawa pelaksanaan pelan ini hendaklah sejajar dengan undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan resolusi-resolusinya yang berkaitan, di samping memastikan perlindungan terhadap rakyat Palestin serta menangani isu-isu keadilan dan akauntabiliti.

Aspek-aspek ini amat penting bagi mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, keselamatan dan kestabilan kepada semua pihak di rantau berkenaan.

Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan anggota masyarakat antarabangsa dalam menyokong usaha murni untuk mencapai keamanan di Gaza, memastikan pengintegrasian Gaza dengan Tebing Barat serta merealisasikan penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

BACA: SPRM Tumpu Tingkat Kemahiran Forensik Untuk Tangani Jenayah Kewangan

BACA: Sekolah Pondok Runtuh: 38 Orang Termasuk Pelajar Tahfiz Dilapor Masih Tertimbus

BACA: 26 Maut, 147 Cedera Susulan Gempa Bumi Kuat Filipina

Sumber: Wisma Putra