Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Malaysia tidak akan menghantar pulang 5,000 pelarian Myanmar sekiranya mereka berdepan risiko dizalimi atau nyawa terancam.
Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, status 5,000 pelarian itu sedang diteliti oleh Kementerian Luar melalui Wisma Putra dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menurutnya, pelarian-pelarian berkenaan akan dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sebarang penghantaran pulang dilaksanakan.
“Perkara ini sedang diteliti oleh Wisma Putra dan Kementerian Dalam Negeri yang mana 5,000 orang pelarian Myanmar ini akan dikenal pasti.
“Namun, semestinya Malaysia sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab tidak akan menghantar pulang sekiranya mereka ini dizalimi atau nyawa mereka akan terancam.
“Jadi, ada beberapa perkara yang kita akan teliti dahulu dalam perbincangan dengan kerajaan junta di Myanmar sebelum kita laksanakan,” katanya ketika menjawab soalan wartawan berkenaan status pelarian tersebut dalam sidang media pada Rabu.
Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan Myanmar bersedia menerima seramai 5,000 pelarian berkenaan.
Bagaimanapun, kerajaan akan terlebih dahulu meneliti kriteria yang ditetapkan sebelum sebarang penghantaran pulang dilaksanakan
Menurutnya, Perdana Menteri turut mengambil maklum bahawa Malaysia tidak boleh menghantar mereka pulang sekiranya nyawa pelarian berkenaan terancam.
Sehubungan itu, beberapa perkara masih sedang diteliti oleh Wisma Putra dan KDN, termasuk dalam perbincangan dengan kerajaan junta Myanmar.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan