Setiap ibu bapa sudah maklum bahawa perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak hendaklah secara seadil-adilnya.
Bagi yang anaknya baru seorang, sudah tentulah mereka akan memberi perhatian sepenuhnya kepada anak tunggal itu.
Namun bagi anak yang ramai, keadilan perlu dibahagi sama rata agar tiada yang berasa tersinggung kasih.
Demikianlah yang dialami oleh seorang ibu, Nur Amira Jusoh apabila anak sulungnya berasa ‘cemburu’ kerana didakwa ‘diabaikan’.
Agak sayu sebenarnya apabila si anak sulung itu meluahkan rasa kecewa ke atas kertas yang ditulis bersama pena dan air mata.
Mari ikuti perkongsian Puan Amira dalam group Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini di bawah ini.

Hari ini bukan nak kongsi anak sepahkan mainan, tapi nak kongsi luahan anak sulung.
Petang ni tengah-tengah rehat tiba-tiba anak sulung bagi satu cebisan kertas yang sangat menyentuh hati saya.
Mungkin kita sebagai seorang ibu terlepas pandang pasal ni. Kadang-kadang kita rasa dah bagi kasih sayang sama adil tapi bagi dia kurang.
Mama minta maaf sayang.
Tapi kalau nak baca ni kena tahan nafas sebab takda noktah. Minta maaf ye. Hanya orang Terengganu je faham kata-kata yang anak saya tulis ni. Kami orang Terengganu.

Adik ini meluahkan rasa sedihnya, dipercayai kerana berasa seakan dipinggirkan kasih daripada ibu ayahnya.
Mungkin dia beranggapan, ibu ayah lebih mencurahkan kasih sayang kepada dua lagi adiknya yang lebih muda.
Sebak dengan tindakan adik ini, ramai warganet turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dialami mereka.

Tidak kurang juga, ada yang turut berseloroh tentang anak mereka.

Dalam pada itu, ada ibu lain yang memberi ‘peringatan’, bahawa ketidakadilan – yang dianggap – ini boleh berlaku dalam keadaan tidak sedar.


Selain itu, ada juga ibu bapa yang mempunyai anak istimewa turut berdepan dengan situasi yang sama.

Walaupun anak sulungnya adalah lelaki, namun si ibu ini tetap berpendapat bahawa perhatian yang perlu diberikan hendaklah perlu seadil-adilnya.
Tidak semestinya dirinya lelaki, hatinya juga sudah cukup ‘lelaki’. Kanak-kanak kan, masih mentah untuk mengenal dunia.

Jika sekarang anak-anak ada di samping anda, panggillah semuanya dan peluklah mereka seerat-eratnya.
Katakan kepada mereka, kasih sayang kita tiada beza untuk semua.
Sumber: Nur Amira Jusoh