Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Man City Tak Jadi Beli, Ronaldo Dilapor Kian Hampir Sarung Jersi Man United Semula?

Gambar: Juvefc.com, Fabrizio Romano

Sejak kebelakangan ini, nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sering disebut-sebut dalam arena sukan bola sepak.

Ianya kerana berita berkenaan perpindahannya dari kelab Juventus yang bertapak di Itali telah hangat diperkatakan.

Terdapat pelbagai khabar angin yang berlegar di media sosial berkenaan kelab yang bakal diwakili seterusnya menjadi perbualan warganet.

Ada satu khabar angin menyatakan bahawa Manchester City berminat mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Portugal itu.

Terbaru, akaun Facebook wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano telah menyatakan bahawa Cristiano Ronaldo sedang hampir untuk menyertai kelab lamanya semula iaitu Manchester United.

Menurutnya, Manchester United kini sedang menyiapkan cadangan kontrak rasmi mereka kepada Cristiano Ronaldo. Ejen Cristiano Ronaldo dikatakan akan menerima cadangan kontrak tersebut tidak lama lagi.

Sementara itu, Manchester City yang hangat diperkatakan sebagai kelab yang bakal mendapat khidmat penyerang Portugal itu dilaporkan sudah menarik diri daripada mendapatkan khidmatnya.

“Manchester City telah memutuskan untuk menarik diri daripada rundingan untuk mendapat Cristiano Ronaldo. Dia tidak akan menyertai Manchester City.

“Penting untuk dijelaskan: syarat peribadi tidak pernah dipersetujui, sama dengan bayaran untuk Juventus,” tulis kenyataan itu yang merujuk kaitan dengan City.

Fabrizio Romano turut melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo telah memaklumkan kepada ejennya bahawa dia berminat untuk menyertai kembali Manchester United.

Jelasnya, kontrak akan dihantar dalam beberapa jam berikutnya.

Sumber: Fabrizio Romano