Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mangsa Banjir Di Terengganu Kekal Lapan Orang

Gambar via FMT

KUALA TERENGGANU, 1 Dis — Mangsa banjir di Terengganu kekal lapan orang daripada tiga keluarga setakat 8 pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel PA Che Adam A Rahman berkata kesemua mereka berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi ketika ini iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang.

“Empat daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka menerima taburan hujan yang agak tinggi sehingga Khamis ini.

“Justeru, penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai perlu bersiap siaga dan peka dengan sebarang perubahan cuaca sekitar mereka,” katanya.

Sumber: Bernama