Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mangsa Banjir Layak Dapat Bantuan Sehingga RM61,000, Ini Antara Bantuan Yang Ramai Terlepas Pandang

Banjir besar yang melanda di negara ini pada bulan lalu menyaksikan ribuan penduduk terpaksa menanggung kerugian kerana rumah dan segala harta benda sudah rosak dan hancur musnah ditenggelami air.

Tidak cuma itu, ada yang kehilangan ahli keluarga sekelip mata saja akibat lemas dalam bencana itu.

Ekoran keadaan tersebut, kerajaan telah mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir menerusi inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang bernilai RM1.4 bilion.

Daripada jumlah itu, setiap mangsa banjir akan mendapat bantuan sehingga RM61,000.

Bagaimanapun, pasti ramai yang masih belum tahu mengenai cara untuk memohon bantuan tersebut. Justeru, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan telah mencipta satu portal yang dikenali sebagai portal Bantuan Banjir.

Menurut menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, orang ramai sudah boleh mula melayari www.bantuanbanjir.com dan mendapat pelbagai maklumat seperti:

  1. Senarai penuh bantuan kerajaan

  2. Pautan terus kepada agensi penyelaras bantuan

  3. Soalan lazim dan pautan permohonan

“Kita dah masukkan semua pautan berkenaan di dalam satu portal saja iaitu di bantuanbanjir.com.

“Selain itu, kalau nak tahu apa manfaat yang kita dapat dalam Bajet 2022, klik saja portal manfaat bajet iaitu di www.mof.gov.my/manfaat,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook.

Sumber: Tengku Zafrul