Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penggemar manisan kini ada destinasi baharu di Mid Valley Megamall apabila SHANTEA Dessert membuka cawangan pertamanya di pusat beli-belah terkenal itu, memperkenalkan sajian berasaskan cita rasa tempatan dengan nafas moden.

Memperkenalkan olahan semula bahan-bahan warisan seperti sarang burung, tau fu fah, biji teratai, gum peach, kolagen sisik ikan dan kelapa, SHANTEA tampil dengan menu yang bukan sekadar memanjakan tekak, malah mengekalkan nilai pemakanan berasaskan ramuan tradisi.

Falsafah Shan menjadi teras kepada SHANTEA iaitu Honest Ingredients, Heritage at Heart, dan Modern Delight.
Kejujuran pada ramuan, penghargaan terhadap warisan, dan olahan moden yang segar menghasilkan pengalaman yang bukan sekadar enak, tetapi juga menyalurkan rasa seimbang dan menyeronokkan.

Menurut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang hadir merasmikan pembukaan tersebut, usaha sebegini selari dengan persiapan negara menuju Tahun Melawat Malaysia 2026, di mana pelancongan gastronomi bakal menjadi tumpuan utama.
“Kekayaan kulinari Malaysia adalah khazanah yang patut diketengahkan, dan SHANTEA melakukannya dengan cara yang segar serta menarik minat generasi baharu,” katanya.

Pengarah Urusan SHANTEA, Nevinn Leow pula menyifatkan jenama ini sebagai lebih daripada sekadar kedai pencuci mulut.
“Apa yang paling menyeronokkan ialah melihat reaksi pelanggan – ada yang rasa selesa dengan sesuatu ramuan yang dikenali, ada juga yang terkejut dengan kelainan olahan menu kami. Bagi SHANTEA, kami ingin orang ramai menikmati pengalaman yang sukar dilupakan dalam setiap suapan.”
Suasana outlet yang direka sebagai ruang santai moden melengkapkan konsep ini, menjadikannya lokasi gaya hidup untuk pelanggan yang mencari keseimbangan antara kecantikan, kesihatan, dan budaya.

Antara pilihan yang mencuri perhatian termasuk Mango Coco Mochi Hug, Musang King Coco Cloud dan Coconut Longjing Bird’s Nest.
Sebagai meraikan pembukaan besar ini, SHANTEA menawarkan minuman Sarang Burung percuma kepada 100 pelanggan terawal pada 2, 3 dan 4 Oktober. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook dan Instagram SHANTEA Dessert.