Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak dinafikan bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo merupakan seorang superstar dunia apabila menjadi manusia pertama mencapai 401 juta pengikut di Instagram.
Bintang bola sepak itu menjadi pemilik akaun Instagram paling ramai diikuti hanya sehari selepas hari lahirnya yang ke 37 tahun baru-baru ini, mengalahkan Kylie Jenner dengan 309 juta pengikut.

Menakjubkan apabila hanya lima bulan sahaja, bintang ini dapat mengumpul pengikutnya seramai 163 juta dan pendapatannya berpotensi untuk meningkat juga.
Pakar perjudian, OLBG mendedahkan nilai yang diterima daripada satu hantaran bintang Portugal itu di laman Instagramnya.
Terkini, dengan pengikutnya seramai 401 juta, pendapatan Ronaldo meningkat kepada £1.72 juta (RM9.76 juta) setiap post yang ditaja iaitu tiga kali ganda daripada gaji mingguannya yang dilaporkan sekitar £480,000 (RM2.72 juta) dari Manchester United.
Pada 2021, Ronaldo memiliki 237 pengikut yang memberikan pulangan sekitar £1.2juta (RM5.78 juta) untuk satu hantaran sahaja.
Sumber: Sportbible