Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Masa Buat Pilihan Dah Tamat, SKIM LINDUNG 24 JAM Bukan Sekadar Soal Caruman

Skim LINDUNG 24 Jam yang diperkenalkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bukanlah satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba atau sebelah pihak.

Sebaliknya, pelaksanaannya telah melalui proses libat urus yang panjang membabitkan pelbagai pihak termasuk wakil pekerja, majikan, kesatuan sekerja serta pihak berkepentingan sebelum diperkenalkan kepada pencarum.

Perkara itu turut dijelaskan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, yang memaklumkan bahawa MTUC sendiri merupakan antara organisasi yang terlibat dalam proses tersebut.

“MTUC sendiri merupakan antara organisasi yang terlibat dalam proses tersebut. Selepas itu, perbincangan mengenai cadangan skim ini terus berlangsung apabila konsep dan pelaksanaannya semakin diperincikan.”

Perlindungan Bukan Hanya Ketika Bekerja

Kenapa Skim LINDUNG 24 Jam penting? Jawapannya mudah sahaja. Setiap hari kita keluar bekerja, balik ke rumah, keluar membeli barang atau melakukan aktiviti bersama keluarga.

Dalam rutin yang nampak biasa itu, jarang kita terfikir tentang kemungkinan berlaku perkara tidak dijangka. Kemalangan pula bukan hanya boleh berlaku ketika seseorang berada di tempat kerja. Ia boleh berlaku ketika dalam perjalanan, ketika melakukan aktiviti harian atau selepas waktu bekerja.

Melihat situasi di atas, memang wujud keperluan agar skim perlindungan kemalangan diperluaskan melebihi waktu bekerja dan sebab itu Skim LINDUNG 24 Jam diperkenalkan.

Skim LINDUNG24 Jam ini membawa satu perspektif yang sedikit berbeza tentang perlindungan pekerja.

Kalau sebelum ini kita lebih biasa mengaitkan perlindungan PERKESO dengan kemalangan berkaitan pekerjaan, skim ini memberi perlindungan terhadap kemalangan bukan bencana kerja, tertakluk kepada syarat dan faedah yang ditetapkan.

LINDUNG 24 Jam Bukan Sekadar Soal Caruman

Mungkin ramai yang sudah hadam, LINDUNG 24 Jam boleh menjadi penyelamat kepada mereka setelah tamat waktu atau urusan kerja mereka.

Bagi mereka, skim ini bukan lagi tentang caruman, tetapi lebih kepada perlindungan yang lebih menyeluruh, dan boleh menjadi penyelamat kepada mereka sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Pun begitu, skim baharu seperti LINDUNG 24 Jam sudah pasti tidak akan terlepas daripada sebagai perdebatan ataupun polemik. Mungkin ada yang sangat bersetuju, atau ada juga yang masih belum jelas tentang bagaimana skim ini ‘bekerja’.

Tempoh Membuat Pilihan Sudah Berakhir

Sebelum ini, pencarum diberikan tempoh untuk membuat pilihan sama ada mahu kekal dalam Skim LINDUNG 24 Jam atau membuat keputusan sebaliknya.

Namun selepas berakhirnya 31 Ogos 2026, tempoh untuk membuat pilihan tersebut kini telah tamat.

Bagi mereka yang memilih untuk terus berada di bawah perlindungan ini, LINDUNG 24 Jam bukan sekadar mengenai jumlah caruman yang dibayar setiap bulan, tetapi tentang persediaan menghadapi sesuatu yang mungkin tidak pernah dijangka akan berlaku.

Setakat ini, PERKESO banyak melaporkan ada pencarum yang telah menikmati faedah skim ini dek kerana mereka terlibat dalam kemalangan di luar waktu kerja.

Ada antara mereka berpendapat bahawa tidak pernah menyangka bahawa akan terlibat dalam kemalangan, namun dengan adanya LINDUNG 24 Jam, mereka boleh menarik nafas lega kerana dapat manfaat daripada skim tersebut.

Intipati
  • PERKESO memperkenalkan Skim LINDUNG 24 Jam selepas libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan.
  • Skim itu melindungi kemalangan bukan bencana kerja, tertakluk kepada syarat dan faedah ditetapkan.
  • Tempoh pencarum membuat pilihan berhubung penyertaan skim berakhir selepas 31 Ogos 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan