Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Masa Temuduga Nanti Jangan Dedahkan 6 Perkara Ini Depan Majikan

Maukerja - Kerja Kosong Malaysia

Terdapat beberapa perkara yang penting yang korang harus simpan sebelum diterima bekerja. Jika perkara-perkara ini diketahui oleh majikan, peluang untuk korang diterima bekerja adalah tipis. Jadi di sini terdapat 6 perkara yang paling mudah didedahkan oleh pemohon kepada Maukerja, perkara ini sememangnya akan menganggu proses permohonan korang daripada diterima bekerja. Jadi korang harus hati-hati!

1.Berapa Banyak Pekerjaan Yang Telah Korang Mohon

Memohon banyak pekerjaan selain daripada hanya satu adalah langkah yang bijak kerana korang mempunyai peluang-peluang untuk memilih pekerjaan yang terbaik apabila diterima. Namun menberitahu majikan yang korang juga sedang menunggu pekerjaan lain pada masa yang sama bukan la satu langkah yang wajar kerana majikan mula memandang anda sebagai seorang yang tidak serius dalam memohon pekerjaan.

2. Menyentuh Pasal Jumlah Gaji

Gaji sudah tentunya perkara yang penting untuk para pekerja. Namun ketika memohon sesuatu kerja korang tak patut menyatakan jumlah wang gaji yang korang inginkan apabila diterima lebih-lebih lagi bila korang hanya baru lepasan graduan dan kurang berpengalaman. Majikan lebih tahu kadar gaji yang sepatutnya korang terima dan korang patut biarkan majikan yang membuat keputusan mengenai gaji.

3. Korang Sedang Dalam Masalah Kewangan

Desakan kewangan memerlukan korang unutk mendapatkan pekerjaan secepat mungkin. Ini menyebabkan korang kerja hanya untuk duit tetapi bukan kerana minat dengan pekerjaan itu sendiri. Majikan akan melihat korang sebagai seorang yang tidak mampu bertahan lama kerana bekerja hanya untuk duit!

4. Memohon Hanya Untuk Memenuhi Kemahuan Gaya Hidup

Apabila korang mendedahkan bahawa pekerjaan yang sedang dimohon akan memenuhi kemahuan gaya hidup seperti mendapatkan gaji yang besar dan rumah yang mewah, majikan hanya akan melihat korang sebagai seorang yang hanya mementingkan title atau pangkat lebih daripada rasa minat dan kebolehan diri dalam melakukan kerja yang ditawarkan.

5. Kesusahan Atau Kesenangan Dalam Mendapatkan Peluang Pekerjaan

Setiap pekerjaan atau syarikat mempunyai standard mereka yang tersendiri. Anda tidak boleh membeza-bezakan antara satu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain yang ditawarkan dari pelbagai agensi atau syarikat. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan impression atau minat majikan terhadap diri korang

6. Peluang-peluang Yang Telah Dihampakan Semasa Pencarian Pekerjaan

Korang tak patut mendedahkan peluang-peluang pekerjaan yang telah korang tolak. Hal ini kerana majikan akan berfikir anda juga akan turut melakukan perkara yang sama jika diberikan peluang pekerjaan yang dimohon. Secara tidak langsung majikan menganggap korang hanya membuang masa!