Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Masjid Dua Tingkat Akan Dibina Di Bukit Bintang, Mampu Muat Lebih 1,500 Jemaah

Masjid Dua Tingkat
Kredit: FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Masjid Dua Tingkat Akan Dibina Di Bukit Bintang, Mampu Muat Lebih 1,500 Jemaah

Bukit Bintang bakal mempunyai sebuah masjid dua tingkat yang akan menjadi mercu tanda baharu di kawasan tumpuan ramai itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan bahawa beliau telah melawat tapak cadangan masjid itu pada Jumaat.

Menurutnya, proses pembinaan sedang dijalankan.

Kredit: FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
Kredit: FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

"Alhamdulillah di hari Jumaat yang mulia, minggu pertama awal Muharam 1448 Hijrah, saya bersama Datuk Ismail daripada Syarikat Redland USJ Summit Properties.

"Kita sudah berbincang, InshaAllah di bangunan ini, kita akan bangunkan dua tingkat masjid yang akan menjadi mercu tanda Bukit Bintang yang baharu di mana umat Islam boleh menunaikan ibadah, solat Jumaat dan sebagainya.

"Akan ada juga kemudahan-kemudahan lain," katanya menerusi satu video yang dikongsikan di Facebook.

Menerusi laporan Bernama, masjid itu akan memuatkan lebih 1,500 jemaah dan dijangka siap awal tahun depan.

Dalam pada itu, Zulkifli turut berterima kasih kepada Ismail kerana bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membangunkan masjid itu.

Memandangkan masjid tersebut mengambil masa untuk disiapakan, surau Jumaat sementara kini dibuka di Pusat Komuniti Outreach Oasis Bukit Bintang untuk kemudahan orang ramai.

Kredit: FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
Kredit: FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

"Ini merupakan Surau Jumaat pertama di Bukit Bintang yang mendapat kebenaran beroperasi oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (Khas).

"Jadi, selepas ini tak ada alasan lagi untuk warga Bukit Bintang tak sempat kejar Solat Jumaat sebab tempat kerja jauh.

"Kerja terus kerja, fokus sebar kebaikan. Kerajaan Madani terus mudahkan urusan ibadah ummah," katanya lagi.

Menerusi laporan Bernama, masjid itu akan memuatkan lebih 1,500 jemaah dan dijangka siap awal tahun depan.

Zulkifli juga memohon doa dari orang ramai agar projek tersebut berjalan dengan lancar.