Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan berkata, kemudahan tersebut disediakan secara sementara sehingga surau Jumaat kekal di lokasi berkenaan siap dibina.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata kemudahan itu akan memudahkan umat Islam khususnya yang berada di sekitar kawasan tumpuan pelancong berkenaan menunaikan kewajipan solat Jumaat.
“Sejarah bakal tercipta di Bukit Bintang. Atas izin Allah dan kelulusan khas, solat Jumaat kini boleh ditunaikan di Outreach Oasis Bukit Bintang buat sementara waktu sehingga surau Jumaat kekal siap dibina kelak.
“Selepas ini, tak perlu kelam-kabut nak kejar masa atau bersesak pergi jauh demi menunaikan kewajipan, insya-Allah,” katanya.
Menurut beliau, inisiatif itu diharap dapat memberi kemudahan lebih selesa kepada umat Islam yang bekerja atau berada di kawasan berkenaan.
Beliau turut mengajak umat Islam khususnya warga Bukit Bintang untuk hadir dan memeriahkan pelaksanaan solat Jumaat di lokasi itu sebagai tanda sokongan terhadap syiar Islam.

“Jom, penuhkan saf tanda sokongan padu ummah untuk syiar Islam.
“Hari Jumaat, hari penuh barakah. Kita rehatkan minda, bersihkan jiwa dan imarahkan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan dilaporkan sedang berusaha menyediakan surau Jumaat yang lebih selesa di kawasan Bukit Bintang bagi memenuhi keperluan umat Islam yang beribadah di lokasi tumpuan pelancong itu.