Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mat Saleh Kongsi Terkena 5 "Trap" Malaysia

Iqbal Yasir
Mat Saleh Kongsi
Kredit: Bernama

Mat Saleh Kongsi Terkena 5 "Trap" Malaysia

Malaysia sememangnya terkenal sebagai antara destinasi pilihan pelancong dari serata dunia.

Ada yang hadir untuk melanjutkan pelajaran, ada yang datang atas urusan kerja, dan tidak kurang juga yang memilih Malaysia sebagai lokasi percutian bagi merehatkan diri daripada kesibukan rutin harian.

Apa yang menariknya, ramai dalam kalangan mereka pulang dengan membawa bersama kenangan indah yang sukar dilupakan.

Keunikan yang terdapat pada negara ini membuatkan Malaysia terasa seperti rumah kedua di hati para pengunjung.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang mat saleh tentang Malaysia menerusi akaun TikTok @Mr.T

Kongsinya, ketika menjejakkan kaki ke negara berbilang kaum ini, tiada sesiapa memberitahu lima 'trap' di negara itu.

5 Perangkap Di Malaysia

1. Teh Tarik

Pada awalnya, lelaki itu bersangka ia sekadar teh susu biasa. Namun, rupanya satu perangkap.

"Ya, saya fikir ia cuma teh susu biasa. Rupanya saya silap. Sekali teguk sahaja, terus ketagih.

"Saya selalu beritahu diri sendiri, cukup satu cawan sahaja. Tapi lima cawan kemudian, saya masih lagi minum," katanya.

2. Pusat Beli Belah

Selain itu, pusat beli belah di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri, di mana ia tak ubah seperti sebuah 'bandar'.

Di dalamnya, hampir semua gerai dan barangan dikumpulkan di bawah satu bumbung.

"Saya juga pernah masuk ke sebuah pusat beli-belah di Malaysia. Rupa-rupanya saya macam masuk ke sebuah bandar lengkap.

"Ada kedai, hotel, restoran, taman tema, akuarium, semuanya dalam satu tempat. Macam mana semuanya boleh ada dalam satu tempat?," soalnya.

3. Rakyat Malaysia

Ketika berada di Malaysia, dia mendapati rakyat Malaysia mempunyai budi pekerti yang tinggi.

"Orang Malaysia pula memang sangat baik. Saya tanya arah dan bukannya sekadar tunjuk, mereka siap berjalan sekali untuk tunjukkan lokasi," jelasnya.

4. Cuaca

Bila sebut tentang cuaca di Malaysia, sememangnya sudah arif buat rakyatnya.

Kejap hujan, kejap panas dan boleh berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, pagi pengunjung luar khususnya di negara empat musim, ia sesuatu yang baharu.

"Cuaca di sini juga sangat mengelirukan. Di luar, panas dan lembap sampai berpeluh-peluh. Tetapi bila masuk sahaja dalam bangunan atau pusat beli-belah, terasa seperti masuk ke dalam peti sejuk," kongsinya lagi.

5. Fasih Bahasa Inggeris Tapi

Selain itu, rata-rata rakyat Malaysia fasih dalam bahasa asing khususnya Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, setiap pertuturan mempunyai gaya tersendiri.

"Rakyat Malaysia memang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi dengan gaya tersendiri. 'Can la', 'cannot la', 'okay la', 'me can la'. Awalnya saya keliru. Sekarang, saya pula yang asyik gunakan 'la' dalam setiap ayat," selorohnya.