Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Bayi Baru Lahir Dipercayai Dibuang Ditemui Dengan Kesan Dimakan Biawak

Mayat bayi baru lahir yang dipercayai dibuang ditemui dengan kesan dimakan biawak, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku 10 Mei, di Nakhon Si Thammarat, Thailand.

Menurut portal berita antarabangsa, mayat bayi malang itu ditemui dalam sebuah beg hitam oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan berdekatan lokasi kejadian.

Polis yang tiba di lokasi kejadian menganggarkan bahawa bayi berkenaan telah mati sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

Ketika diperiksa, polis menemui kesan gigitan biawak yang biasanya memburu makanan di kawasan tasik berdekatan dengan lokasi mayat bayi itu ditemui.

Polis sedang menyiasat sama ada bayi itu sudahpun meninggal ketika dibuang ataupun maut selepas menjadi mangsa serangan biawak liar.

”Kami percaya, bayi ini menjadi mangsa serangan biawak liar selepas dibuang secara kejam,” kata jurucakap polis tempatan, Mejar Kol. Jittakorn Konglhue.

Sumber: New York Post