Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terkini: Mayat Ditemui Di Kawasan Pencarian Nora Anne

Bernama

NILAI – 13 Ogos, Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini menemui mayat dipercayai seorang wanita pada hari kesepuluh operasi mencari dan menyelamat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilapor hilang dari resort The Dusun, di sini 4 Ogos lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusof yang mengesahkan penemuan itu berkata mayat itu ditemui pada pukul 1.57 tengah hari.

“Mayat wanita berkulit putih itu bagaimanapun belum dapat disahkan identiti. Forensik polis telah dihubungi untuk pengesahan,” katanya kepada pemberita di sini.

Sumber: Bernama