Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mayat Ditemukan Di Ruang Tayar Pesawat Di KLIA Terminal 2

Mayat Ditemukan Di Ruang Tayar
Kredit: Bernama

SEPANG, 27 Ogos (Bernama) -- Satu mayat yang belum dikenal pasti identiti dan jantina ditemukan di dalam ruang simpanan tayar sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini pagi ini.

Mayat itu ditemukan kira-kira 6.55 pagi oleh pekerja kejuruteraan yang ditugaskan membuka ruang simpanan tayar pesawat berkenaan yang tiba dari Tokyo, Jepun, kira-kira 6.30 pagi.

Bernama difahamkan pekerja terbabit terhidu bau busuk sebelum membuka ruang itu dan menemukan mayat berkenaan, sebelum memaklumkannya kepada Bilik Gerakan Balai Polis KLIA Terminal 2.

Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian ke lokasi penemuan bagi menjalankan siasatan dan mendapati mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an serta telah meninggal dunia lebih 72 jam.

Polis belum memberikan maklumat lanjut berhubung kes itu dan usaha mendapatkan perkembangan terkini sedang dijalankan.

Intipati
  • Satu mayat ditemukan dalam ruang simpanan tayar pesawat di KLIA Terminal 2 pagi ini.
  • Pesawat berkenaan tiba dari Tokyo kira-kira 6.30 pagi sebelum penemuan dibuat pekerja kejuruteraan.
  • Unit Forensik PDRM mendapati mangsa dipercayai berusia 20-an dan meninggal dunia lebih 72 jam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan