Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wanita Warga Jepun Maut Terjatuh Dari Aras Tiga KLIA Terminal 2 - Polis

klia
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 29 Nov (Bernama) -- Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari aras tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata mangsa telah terjatuh dari balkoni aras tiga ke kawasan loading bay KLIA Terminal 2 pada 9.05 pagi.

Beliau berkata pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian untuk memberi rawatan kecemasan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Semakan mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga Jepun berusia 22 tahun. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

M. Ravi berkata pihak Kedutaan Jepun telah dimaklumkan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut prosedur kematian mengejut (SDR).

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bagi tujuan bedah siasat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak benar.

Terdahulu, Malaysia Airports menerusi hantaran di Facebook menzahirkan rasa dukacita atas insiden tragis itu dan memaklumkan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian berkenaan.


Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Wanita warga Jepun berusia 22 tahun maut selepas terjatuh di KLIA Terminal 2.
  • Polis berkata mangsa jatuh dari balkoni aras tiga ke kawasan loading bay.
  • Mayat dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk tujuan bedah siasat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan