Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MCMC Panggil Muhyiddin Bantu Siasatan Kandungan TikTok Berhubung Subsidi RON95

Iqbal Yasir
mcmc muhyiddin ron95
Gambar: BERNAMA

MCMC Panggil Muhyiddin Bantu Siasatan Kandungan TikTok Berhubung Subsidi RON95

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kandungan yang dimuat naik di sebuah akaun TikTok.

Menurut MCMC, siasatan itu bertujuan mengesahkan konteks kandungan video yang mengaitkan Muhyiddin dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar petrol RON95.

“Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan, dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Bagi melengkapkan siasatan, MCMC memaklumkan pihaknya akan memanggil mana-mana individu berkaitan sekiranya perlu.

MCMC turut menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan secara bebas, berhemah dan profesional.

Sumber: Bernama

BACA: MCMC Siasat Penafian Muhyiddin

BACA: Awesome TV Fail Tindakan Undang-Undang Terhadap Dakwaan Fitnah Oleh Tiga Selebriti Tempatan