Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Kredit: AFP
MCMC Sekat Sementara Akses AI Grok Susulan Kandungan Tidak Wajar Mulai 11 Januari

Athirah

MCMC Sekat Sementara Akses AI Grok Susulan Kandungan Tidak Wajar Mulai 11 Januari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan sekatan sementara ke atas akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok untuk pengguna di Malaysia berkuat kuasa 11 Januari 2026.

Menerusi kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Facebook, tindakan itu diambil susulan penyalahgunaan Grok yang berulang kali menghasilkan kandungan tidak senonoh yang jelik melampau, seksual eksplisit serta kandungan menyinggung.

Ia termasuk imej manipulasi tanpa persetujuan, termasuk yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

MCMC sebelum ini telah mengeluarkan notis kepada X Corp. dan xAI LLC bagi menuntut pelaksanaan langkah perlindungan teknikal dan penyelia kandungan yang berkesan.

Walau bagaimanapun, maklum balas yang diterima pada 7 Januari dan 9 Januari lalu hanya memberi tumpuan kepada mekanisme pelaporan pengguna dan gagal menangani risiko sedia ada.

Sekatan akses Grok sebagai langkah pencegahan sementara

“MCMC mendapati perkara ini tidak memadai untuk mencegah kemudaratan serta memastikan pematuhan kepada undang-undang,” ujar kenyataan lagi.

Sehubungan itu, MCMC melaksanakan sekatan sementara akses terhadap platform Grok sebagai langkah pencegahan sementara proses perundangan dan kawal selia masih berjalan.

Sekatan tersebut akan kekal sehingga langkah perlindungan yang berkesan dapat dilaksanakan, khususnya bagi membendung penyebaran kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, MCMC menyatakan kesediaan untuk terus berlibat urus dengan X Corp. dan xAI LLC, tertakluk kepada pematuhan yang boleh dibuktikan terhadap undang-undang Malaysia.

Orang awam turut digesa untuk melaporkan sebarang kandungan dalam talian yang memudaratkan kepada MCMC dengan segera dan, jika perlu, membuat laporan polis kepada Polis Diraja Malaysia.

BACA: Pelancong Kongsi Makanan ‘Berbahaya’ Di Malaysia, Ramai Yang Setuju

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia