Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

MCMC Siasat Video Pempengaruh Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan

Sofea
mcmc siasat video pempengaruh
Kredit: Bernama

MCMC Siasat Video Pempengaruh Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihaknya telah memulakan siasatan berhubung penyebaran video yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MCMC berkata pihaknya memandang serius tindakan menghasil dan menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk hiburan murahan, menjana tontonan dan menimbulkan keresahan orang ramai.

“Penyebaran kandungan yang merendah atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat.

“MCMC menegaskan bahawa siasatan terhadap kandungan tersebut sedang dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” katanya.

BACA JUGA: MCMC Fail Tindakan Sivil Terhadap Dua Saluran Di Platform Telegram

Sementara itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebar atau memuat naik sebarang kandungan bersifat provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Sebarang perkongsian kandungan jelik melampau, palsu atau berunsur ancaman boleh dikanakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikas dan Multimedia (AKM) 1998 (Akta 588).

“Sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM500,000, dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“MCMC komited dan tegas memastikan ruang siber tidak disalahgunakan sejajar dengan usaha mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat,” kata MCMC lagi.

Sumber: MCMC