Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Megah & Mewah, Ini Rupa Dewan Majlis Kahwin Seluas 1 Juta Kaki Persegi

majlis perkahwinan 1 juta kaki persegi
Kredit: TikTok

Megah & Mewah, Ini Rupa Dewan Majlis Kahwin Seluas 1 Juta Kaki Persegi

Majlis perkahwinan biasanya diadakan dengan meriah dan secara besar-besaran, khususnya bagi golongan ternama dan berada.

Antara venue yang menjadi pilihan untuk diadakan majlis ini adalah di dewan-dewan besar atau pun lokasi lapang yang luas.

Faktor keluasan lokasi majlis amat penting untuk menampung kehadiran tetamu yang dijemput dalam satu-satu masa.

Ia seterusnya akan memberikan keselesaan untuk tetamu bergerak dan menikmati hidangan dengan tenang.

Namun begitu, dewan perkahwinan ini naik satu anak tangga apabila dibina dengan cukup besar dan luas berbanding lokasi majlis tipikal yang lain.

Kisah tersebut dikongsikan oleh perancang acara perkahwinan terkemuka dunia, Baz Events melibatkan projeknya di Hyderabad, India.

Siap ada sungai buatan di dalam lokasi majlis

Menurut Baz Events, mereka membina venue majlis perkahwinan tersebut di atas tapak dengan keluasan kira-kira 1 juta kaki persegi.

Malah, mereka memerlukan tenaga kerja melibatkan pelbagai kepakaran untuk memastikan venue berkenaan dapat dibina dengan sempurna.

Antara kemudahan yang dibina termasuklah jalan raya, tempat parkir kereta dan dua kawasan yang diperuntukkan untuk jamuan makan malam dan satu dewan utama.

Dalam hantaran Shorts di laman Youtube, Baz Events menjelaskan projek tersebut memakan masa kira-kira 75 hari untuk siap secara sepenuhnya.

Menerusi video di laman TikTok (@baz.events), bahagian dalam dewan utama dihiasi dengan bunga-bunga berwarna ungu serta penataan cahaya yangg memukau.

Bukan itu sahaja, satu pentas khas untuk menempatkan set piano turut dibina selain sungai buatan di kawasan sekitarnya.

Dewan majlis kahwin cukup besar, seluas 1 juta kaki persegi

Bahagian luar lokasi juga tidak kurang hebatnya apabila penataan cahaya bagi lampu jalan raya menuju ke lokasi sangat luar biasa.

Pengunjung yang hadir akan disambut dengan lampu jalan berwarna keunguan, sekaligus memberikan pengalaman luar biasa dari awal hingga akhir majlis.

Selain India, Baz Events turut mengendalikan acara perkahwinan berskala besar di seluruh dunia seperti Qatar, Singapura dan lain-lain.

BACA: Menyepi Sejak 2015, Friendster Bakal Kembali?

Sumber: baz.events via TikTok