KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang menyatakan kejadian bunuh diri di sebuah hospital yang tular pagi tadi adalah pesakit COVID-19.
Menerusi satu tweet, KKM menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.
“Memang berlaku kes bunuh diri tetapi tidak melibatkan pesakit COVID-19,” jelas kenyataan tersebut.
Sumber: Twitter