Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Memang Ada Kluster Baru Di Sendayan, Negeri Sembilan” – KP Kesihatan

Gambar: Bernama

Menerusi sidang media harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa terdapat satu kluster baru yang dikenal pasti di Sendayan, Negeri Sembilan.

Menurutnya, sebanyak 39 kes positif yang telah dilaporkan dikesan di kawasan sebuah tahfiz.

“Memang ada kluster baru di Sendayan, Negeri Sembilan dengan 39 kes positif di sebuah tahfiz,” katanya.

Susulan daripada itu, pihaknya akan melakukan tindakan bersepadu bagi mengawal penularan virus di kawasan tersebut.

“Tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan yakin jangkitan dapat dikawal daripada terus merebak,” ujarnya.

Sumber: KKM