“Memang ‘Kick’ Dan Pekat,” Ini Resipi Sup Tulang Khairulaming Sempena Aidiladha
Apabila tiba hari perayaan, perkara yang paling menyeronokkan semestinya melihat juadah dan hidangan yang jarang disediakan pada harian. Hidangan tersebut boleh dikatakan istimewa kerana ia menambah rasa kegirangan apabila menikmati juadah itu.
Esok, umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha dan hari ini sesetengah masyarakat Islam melaksanakan ibadah puasa susulan Hari Arafah yang jatuh pada Rabu, 28 Jun 2023 bersamaan 9 Zulhijah 1444 Hijrah.
Seperti biasa, apabila bercakap mengenai juadah pastinya selebriti internet Khairulaming (KA) tidak akan melepaskan peluang berkongsi resipi bagi meraikan perayaan tersebut.
KA yang terkenal dengan slogan ‘Hey, whatsup guys’ berkongsi kepada umum resipi sup tulang sempena dengan Raya Haji esok.
Mari ikuti resipi Sup Tulang KA yang disediakan di bawah ini.
Resipi Sup Tulang KA
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sup tulang itu ialah:
A: Bahan-bahan hirisan
B: Bahan-bahan bukan hirisan
Cara-cara penyediaan
Kredit: @khairulaming/TwitterYang pertama, tumis satu biji bawang merah, empat ulas bawang putih dan dua paket rempah sup tulang.
Masukkan dua kilogram tulang rusuk dan tambahkan air. Kemudian masukkan halia sebesar ibu jari, dua sup bunjut (dalam paket tadi) dan garam.
Kredit: @khairulaming/TwitterSelepas itu, rebus sup tersebut selama satu jam setengah hingga ke dua jam untuk pastikan tulang rusuk itu empuk.
Kredit: @khairulaming/TwitterApabila sup itu menjadi kering, tambahkan sedikit air dan laraskan bahan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa mengikut kemahuan sendiri.
BACA: Kisah Luar Biasa Ibrahim Richmond, Bekas Paderi Yang Mengajak Ribuan Pengikut Kristian Masuk Islam
Bawang goreng
Kredit: @khairulaming/TwitterKemudian, untuk membuat bawang goreng, bahan yang diperlukan adalah dua hingga tiga biji bawang merah yang dihiris.
Goreng bawang tersebut sehingga ia garing dan selepas itu tapiskan.
Seterusnya, ambil bawang goreng itu dan taburkan ke dalam sup tulang yang dimasak tadi diikuti dengan daun sup dan cili padi.
Yang terakhir sekali, perahkan limau nipis supaya sup tersebut mempunyai rasa masam.
Kredit: @khairulaming/TwitterGaulkan ke semuanya supaya sup tersebut dapat memberi rasa pedas dan berempah. Ia juga sedap dinikmati dengan nasi putih.
Nota tambahan: Sekiranya mahu sup tersebut masak dengan lebih cepat, mereka yang mempunyai pressure cooker boleh menggunakan perkakasan elektrik tersebut.
Saksikan video penuh di bawah ini. Selamat mencuba!
Sumber: @khairulaming/Twitter