Baru pulang dari misi kemanusiaan di Gaza dan kini sedang menjalani kuarantin, Ustaz Ebit Lew mendapat khabar pilu mengenai bapanya yang kini berada di hospital.
Menerusi perkongsian terbarunya, Ustaz Ebit Lew memohon agar orang ramai mendoakan bapanya yang menghidap kanser perut tahap akhir, ia dikatakan sudah merebak ke seluruh badan. Beliau yang masih menjalani kuarantin hanya mampu melihat bapanya dalam tempoh waktu yang sekejap sahaja dengan memakai PPE.
Tidak mampu menjaga bapanya ketika ini, beliau turut meluahkan rasa kesal dan memohon ampun kepada bapanya. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin. Maafkan ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.

Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.
Sumber: Ebit Lew