Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mengaku Plagiat Tesis, Selebriti Korea Hong Jin Young Mohon Maaf, Akur ‘Master’ & PhD Ditarik Semula

Nur Adnin
Kredit: AllKpop

Selebriti Korea, Hong Jin Young, 35, tampil memohon maaf dan mengaku bersalah atas perbuatan memplagiat kajian tesis sarjananya.

Pada November sebelum ini, Hong Jin dituduh melakukan plagiat dalam tesisnya ekoran penulisan kajiannya itu didapati meragukan pihak universiti.

Ketika isu itu tersebar luas, bekas anggota kumpulan SWAN itu bersungguh-sungguh menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa dirinya telah menjalankan kajian dengan cara yang betul.

“Saya mengatur masa saya, berunding dengan profesor dan melakukan yang terbaik untuk membuat tesis.

“Saya kecewa dan tertekan kerana walau apa pun yang saya kata sekarang (ketika itu), semuanya akan dianggap sebagai alasan,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Hong Jin Young | Gambar: Soompi

Bagaimanapun muslihatnya terbongkar apabila tesisnya disemak semula di laman web Copy Killer dan hasil semakan mendapati, sebanyak 74 peratus penulisan tersebut dikesan plagiat.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Integriti Kajian Universitu Chosun merangka tentatif penghakiman berkenaan kes plagiat tesis miliknya itu pada 15 Disember.

Rangkaan itu dihantar ke Jawatankuasa Siswazah serta memberi peluang kepada Hong Jin untuk menampilkan keterangannya sebelum jam lima petang pada 18 Disember berikutnya.

Mengaku bersalah

Tepat tanggal 18 Disember seperti yang diarahkan, Hong Jin akhirnya mengaku bersalah atas tindakan salah lakunya itu menerusi satu kenyataan di Instagramnya.

Dalam kenyataan tersebut, Hong Jin mengakui kesalahannya dan bersedia untuk menerima keputusan pihak penghakiman universiti.

Perbicaraan dan keputusan akhir penghakiman universiti terhadap kes plagiat tesis Hong Jin, sama ada ianya benar diplagiat atau dikaji sendiri akan ditentukan dalam mesyuarat pada 23 Disember (hari ini).

Sekiranya Hong Jin terbukti bersalah, kelulusan ijazah sarjana dan doktor falsafahnya (PhD) akan ditarik semula serta-merta.

Untuk rekod, Hong Jin Young merupakan graduan Sarjana Muda Perdagangan di Universiti Chosun, sebelum menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam Sarjana Perniagaan sehingga berjaya merangkul Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Pengurusan Perniagaan di universiti yang sama.

Sumber: Soompi