Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pendakwah bebas, Aimaan Banna sebelum ini memuat naik video melalui laman Instagram miliknya menjelaskan hukum beli followers yang menjadi trend dalam kalangan kita terutama bagi peniaga menjalankan perniagaan atas talian.
Aimaan Banna dalam statusnya meletakkan hukum HARAM kepada mereka yang membeli followers kerana menurutnya urusan yang dibuat melibatkan unsur penipuan.
Walau bagaimanapun, isu ini dipanjangkan netizen yang rata-rata keliru dan sekaligus telah mendapat perhatian salah seorang pendakwah dan pakar motivasi, Ustaz Bakhtiar Fitri.
Ustaz Bakhtiar menjelaskan isu tersebut melalui Instagram miliknya dengan mengatakan bahawa hukum beli followers tidak menjadi haram asalkan tiada unsur monopoli dan rasuah.
Ustaz Bakhtiar dalam kenyataannya memberitahu bahawa kita dinasihati untuk berhati-hati dalam meletakkan hukum tanpa dalil yang jelas dan kukuh.
Beliau turut menyatakan bahawa isu ini bukanlah untuk mengaibkan siapa-siapa tetapi hanya untuk menjelaskan agar tidak disalah tafsir hukum yang telah dijatuhkan.