Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menteri Kesihatan UK Disahkan Positif COVID-19

Kredit: Google

United Kingdom (UK), 11 Mac – Menteri Kesihatan, Nadine Dorries menjadi Ahli Parlimen pertama disahkan positif COVID-19 di negara itu.

Menurut The Guardian, Nadine telah menghadiri beberapa acara pada minggu lalu yang turut dihadiri beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri UK, Boris Johnson.

Beliau dilaporkan tidak sihat pada Jumaat lepas ketika menandatangani dokumen pengisytiharan koronavirus sebagai penyakit yang termasuk dalam perlindungan insuran.

Susulan itu, ratusan kontak rapat Nadine sedang dikesan bagi menjalani ujian pemeriksaan COVID-19 sementara beliau mengkuarantinkan diri sendiri di rumahnya.

Beliau turut menyatakan kerisauan terhadap ibunya yang mula batuk dan bakal menjalani ujian esok.

Sumber: The Guardian, Channel News Asia