Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2025 — Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming hari ini menyeru parti pembangkang agar bersepakat dengan Kerajaan MADANI dalam menghadapi krisis perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China demi kelangsungan ekonomi negara.
“Cabaran yang timbul akibat krisis perdagangan antara AS dan China memerlukan pendekatan ‘whole of nation’ yang inklusif dan proaktif. Ini merupakan tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat.
“Dalam menghadapi landskap ekonomi global yang penuh dengan ketidaktentuan dan cabaran, kita perlu bersepakat dan bertindak secara kolektif demi memastikan kestabilan ekonomi negara,” kata KM.
Beliau turut menyambut baik ikhtiar dan inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Sidang Khas Parlimen berkaitan Tarif Timbal Balik Import AS terhadap Malaysia.
“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyokong penuh saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengambil pendekatan yang inovatif, inklusif dan proaktif.
“Pihak kementerian berazam memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha menjalin hubungan serantau seperti melalui persidangan ASEAN,” tambah beliau.
KPKT akan menganjurkan Persidangan Hartanah ASEAN (ASEAN Real Estate Conference) pada 23 hingga 26 Julai 2025.
Selain itu, KPKT turut akan menganjurkan Forum Perbandaran Mampan ASEAN (ASEAN Sustainable Urbanisation Forum), Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (ASEAN Governors and Mayors Forum), serta Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Kota ASEAN (Meeting of Governors and Mayors of ASEAN Capitals) dari 10 hingga 15 Ogos 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Tambahan pula, Mesyuarat Tahunan Rangkaian Bandar Pintar ASEAN ke-8 (8th ASEAN Smart Cities Network Annual Meeting) akan berlangsung pada 8 hingga 12 September 2025 di Kuala Lumpur.