Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Menteri Pendidikan Ketuai Delegasi Negara Ke Persidangan ICESCO Di Oman

Nurul Naqiyah
persidangan icesco
Sumber : BERNAMA

Menteri Pendidikan Ketuai Delegasi Negara Ke Persidangan ICESCO Di Oman

MUSCAT, 2 Oktober – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sedang mengetuai delegasi negara bagi menghadiri Persidangan Menteri Pendidikan anjuran Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Oman dan Suruhanjaya Pendidikan, Budaya dan Sains Oman pada 2-3 Oktober 2024.

Persidangan ini melibatkan penyertaan Menteri Pendidikan dan delegasi daripada 27 buah negara anggota ICESCO. Ia dianjurkan bertujuan untuk memperkukuh komitmen bagi mentransformasikan pendidikan, selain merapatkan jalinan dan berkongsi amalan terbaik dalam bidang pendidikan.

Fadhlina akan menyampaikan kenyataan negara sewaktu persidangan ini dengan memberi tumpuan bagi memastikan pendidikan berkualiti yang merupakan teras kepada pembangunan lestari. Beliau turut akan berkongsi amalan dan pengalaman Malaysia memperkasakan pendidikan digital dan bidang kecerdasan buatan (AI).

Selain menghadiri persidangan, Menteri Pendidikan turut mengadakan beberapa pertemuan penting termasuk dengan Ketua Pengarah ICESCO dan ketua perwakilan negara anggota bagi bertukar pandangan berkaitan kerjasama di bawah inisiatif ICESCO dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).