Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menteri Perdagangan Indonesia Tenang Ulas Isu Boikot Di Malaysia - "Ini Cuma Sementara"

Isu Boikot
Kredit: Antara News

Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso tampil tenang memberikan ulasan berhubung seruan untuk memboikot produk Indonesia di Malaysia, lapor CNN Indonesia

Beliau menafikan bahawa boikot terhadap produk Indonesia yang kini berlaku di Malaysia dan berpendapat isu itu hanya berlaku buat sementara waktu.

Respon Budi Isu Boikot Produk Indonesia Di Malaysia

“Saya rasa tiada boikot. Mungkin perkara ini hanya berlaku buat sementara waktu.

“Kami juga sudah berhubung dengan wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dan tiada masalah,” katanya selepas merasmikan program Bulan Literasi Perdagangan Hadapan Komoditi (PBK) 2026 di Jakarta

Budi berkata, kerajaan Indonesia sudah berhubung dengan pihak berkaitan menerusi KBRI.

Beliau turut memastikan perkara itu tidak menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Sebelum ini, seruan untuk memboikot produk Indonesia tular di media sosial Threads susulan persaingan antara pasukan kebangsaan Indonesia dan Malaysia dalam kejohanan Piala ASEAN FIFA 2026.

Seruan boikot itu tercetus selepas seorang pengguna Threads, berkongsi senarai jenama makanan dan minuman milik Indonesia yang beroperasi di Malaysia serta mengajak orang ramai memboikot produk berkenaan.

Menurut laporan detikFinance, pengguna berkenaan menjelaskan bahawa seruan itu bukan berpunca daripada isu kekalahan dalam perlawanan bola sepak, sebaliknya dikaitkan dengan dakwaan penghinaan.

Pengguna itu mendakwa tindakan berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia, sambil menyatakan bahawa kesabaran mereka ada batasnya.

Budi berkata, berdasarkan komunikasi dengan perwakilan Indonesia di Malaysia, isu itu tidak menimbulkan masalah besar terhadap hubungan perdagangan kedua-dua negara.

Intipati
  • Budi Santoso menafikan wujud boikot besar terhadap produk Indonesia di Malaysia ketika ini.
  • Beliau berkata Indonesia sudah berhubung dengan KBRI dan tiada masalah dilaporkan.
  • Seruan boikot tular di Threads susulan persaingan bola sepak Indonesia dan Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan