Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Video hiking suara nenek
Kredit: TikTok @nazihsopian

“Meremang…” – Lelaki Kongsi Video Hiking, Terakam Suara ‘Nenek’

Siti Nur Ain Natasya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Meremang…” – Lelaki Kongsi Video Hiking, Terakam Suara ‘Nenek’

Hiking ni memang aktiviti yang bagus untuk kesihatan, tak kira muda atau pun yang dah berumur.

Siapa je yang tak suka boleh tenangkan fikiran sambil menjaga tubuh badan, kan?

Biasanya, aktiviti hiking ni dibuat beramai-ramai, selain dapat beri semangat antara satu sama lain, ia juga lebih selamat bila ramai-ramai.

Ada juga yang lebih suka hiking sendirian, mungkin sebab nak rasa lebih tenang tanpa gangguan.

Tapi, bila hiking seorang diri, kita kena lebih berhati-hati. Ingat, kita bukan seorang sahaja di dalam hutan tu.

Selain dari haiwan liar yang perlu diawasi, ada juga makhluk-makhluk yang tak nampak oleh mata kasar.

“Terakam suara nenek”

Baru-baru ni, satu perkongsian di TikTok oleh seorang lelaki, @nazihsopian, membuatkan ramai yang seram sejuk.

Dalam video tu, lelaki ni cerita yang dia tengah hiking seorang diri. Kumpulan hiking yang datang bersamanya jauh di hadapan.

Tiba-tiba, dia mula rasa telinga panas dan terdengar suara-suara yang agak pelik.

“Hey tengok ni cu,” ujar satu suara di minit 00:09, yang kedengaraan seakan-akan suara seorang ‘nenek’.

Lebih menyeramkan, dia turut mendengar beberapa suara lain yang sedang bergelak ketawa, malah ada yang menyapanya beberapa kali.

Lelaki itu tidak menghiraukannya, namun kemudian satu suara berkata, “Bosan”.

Walaupun lokasi sebenar kejadian ini dirahsiakan, gunung itu dipercayai mempunyai banyak perkampungan bunian.

Rata-rata netizen yang menonton perkongsian itu mengaku merasa ‘seram’. Ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dengan bunian selepas menonton video tersebut.

“Apa yang dia dengar tu memang seram, tambah pulak suara gelak yang bersahut-sahut. Macam ramai je yang ada kat situ,”

“Suara tu macam panggil cucu-cucu perempuan dia suruh tengok abang ni,

“Suara tu memang tak seram sangat, bunyi macam orang sembang. Tapi bila fikirkan situasi dan tempat tu, memang pelik. Dari mana datangnya suara tu?”

“Bayangkan kiri kanan dia penuh dengan orang yang tengah tengok dia sambil panggil-panggil, mungkin dia tengah lalu di kawasan kampung mereka,”

“Dulu pernah hiking sorang waktu tak berapa nak sihat. Lepas tu, kaki bengkak dua bulan sebab tersenggol nenek alam sebelah,”

“Memang pernah kena juga, waktu hiking tiba-tiba dengar bisikan ‘terjun lah’, bulu roma terus meremang,”

Apakah itu bunian? Ini penjelasan Mufti WP

Bunian adalah merujuk kepada makhluk halus atau orang halus yang tinggal di hutan, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Masyarakat Melayu menganggap bunian adalah antara makhluk ghaib yang menjadi penyebab kepada histeria (penyakit urat saraf yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal) atau dikenali dalam kebudayaan Melayu sebagai ‘dirasuk hantu’.

Menurut pandangan pakar perubatan Islam terkemuka, almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, orang bunian adalah wujud dan tergolong dalam kelompok makhluk halus.

Makhluk halus seperti ini suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia dan mewujudkan perkampungan mereka sendiri disamping hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Secara khususnya, kami berpandangan bahawa ianya adalah daripada kelompok jin yang dikenali dengan nama ‘Amir (عَامِرٌ) yang tinggal bersama-sama dengan manusia. Ini kerana ianya bersamaan dengan kebiasaan kelompok bunian yang tinggal berdekatan dengan penempatan manusia dan mempunyai penempatan tersendiri.

Ini disokong oleh sebuah hadith Nabi SAW:

الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ Maksudnya: “Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 573; al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 3702)

BACA: Wanita Kongsi Versi “Bekal Suami VS Bekal Isteri” Buat Ramai Terhibur

BACA: Jepun Benarkan Saintis Lakukan Kajian Kacukan Manusia-Haiwan

BACA: ‘Unik’, Beauty Standard Wanita Mauritania Curi Tumpuan

Sumber: Nazih via TikTok, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan