Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Meriah Pemilu Di Indonesia, Ada Macam-Macam Tema

Syed Faisal Sayed Muhammad
Kemeriahan Pemilu di Indonesia
Kredit TikTok

Meriah Pemilu Di Indonesia, Ada Macam-Macam Tema

Minggu ini, media antarabangsa tertumpu kepada proses Pemilihan Umum atau Pemilu Indonesia 2024 yang telah berlangung pada 14 Februari lalu.

Disebabkan jumlah pengundi yang ramai dan wilayah yang luas, proses pengiraan undi akan memakan masa yang panjang.

Namun setakat ini, pengiraan undi awal mendapati gabungan parti politik, Koalisi Indonesia Maju antara Prabowo-Gibran sedang mendahului.

Gandingan itu dijangka bakal menjadi menerajui kerajaan Indonesia yang baru.

Selain keputusan tidak rasmi, kemeriahan proses Pemilu turut dikongsi di media sosial yang menunjukkan kepelbagai tema dan acara.

Justeru, SK pada hari ini akan berkongsikan sorotan kemeriahan sepanjang operasi Pemilu yang berlangsung di beberapa tempat pemungutan suara (TPS).

Pelbagai tema menarik telah digunakan untuk menarik pengundi

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @daengtong182, salah satu lokasi cabut undi atau TPS telah mengenakan tema yang begitu kreatif iaitu seperti rumah hantu.

Bukan sahaja melibatkan TPS, malah petugas yang berada di lokasi tersebut turut mengenakan tema yang sama.

Ada juga petugas yang memakai kostum sebagai hantu siap mengenakan tata rias wajah seram dan berambut palsu panjang.

Di TPS yang berlainan, tema berkonsepkan tapak projek telah digunakan oleh petugas Pemilu.

Perkongsian menarik yang dikongsikan oleh @hail_dhinggy menunjukkan perhiasan seperti di tapak projek turut digunakan oleh petugas.

Bukan itu sahaja, lokasi cabut undi itu juga siap menyediakan lokasi photobooth untuk pengundi mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Malah, petugas juga dilihat mengenakan pakaian sebagai pekerja tapak projek sesuai dengan tema yang dipilih.

Selain itu, tema kenduri kahwin turut digunakan sewaktu proses mencabut undi di TPS yang berbeza

Menerusi perkongsian tersebut, TPS itu telah dibina menggunakan kanopi yang dihiasi dengan bunga-bunga seperti hiasan di kenduri kahwin.

Satu lagi TPS yang berjaya mencuri perhatian adalah dengan menggunakan tema warna merah jambu seperti sedang menyambut ulang tahun kelahiran.

Perhiasan serba-serbi berwarna merah jambu begitu juga petugas yang turut mengenakan pakaian berwarna yang sama telah menarik perhatian ramai.

Video di bawah juga adalah antara TPS lain yang kreatif dalam menarik pengundi untuk turun mengundi.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: TikTok