Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mesej Tular Di Whatsapp, Kerajaan Akan Ketatkan SOP Mulai 4 Februari Adalah Palsu – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa kandungan WhatsApp yang sedang tular di aplikasi tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Antara kandungan mesej menyebut, kerajaan meminta semua rakyat untuk bertahan daripada kesulitan ekonomi selama enam bulan ke depan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) diperketatkan bermula 4 Februari ini.

Terdapat 52 SOP ‘baharu’ yang disenaraikan termasuk bayaran kemasukan ke hospital dikenakan caj sebanyak RM110 sehari, sekaligus menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Oleh itu, KKM meminta semua rakyat untuk bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan berita yang tidak benar.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia