Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan ini boelh dikatakan kebanyakan menu dimasak sendiri di rumah. Ada ibu-ibu yang tak tahu nak masak apa dah, ye lah kalau setiap hari masak, mesti dah berkurang idea kan.
Ada pula yang suka membeli roti sehinggakan ada lambakan di rumah. Tambah-tambah lagi roti ‘Gardenia’ memang popular musim sekarang ni.
Jadi, hari ini SK nak kongsikan beberapa menu menarik berasaskan roti untuk dihidangkan kepada anak-anak dan keluarga di rumah. Jom ikuti perkongsian daripada Nora Yusof tentang resipi mudah untuk juadah roti.
1. Roti telur sardin

Sardin (letak sos dia sikit, pecah-pecah isi sardin)
bawang
cili
telur
susu (segar@cair, tak letak pun tak apa)
garam
pepper
Pukul rata, salut dengan roti dan goreng (pan fried)
2. Roti telur madu

Telur
susu(segar@cair, tak letak pun takpa)
garam
pepper
Pukul rata, salut roti dan goreng (pan fried), drizzle kan madu.
3.Roti telor gula aising

Telur
susu (segar@cair, tak letak pun takpa)
garam
pepper
Pukul rata, salut roti goreng (pan fried), ayakkan gula aising
4. Roti bawang putih (Garlic bread)

Mentega@marjerin+
bawang putih yangg dicincang
mix dried herbs atau daun parsley segar yang dicincang
Gaul rata suma bahan, sapu atas roti dan bakar.
5. Roti pizza

Sosej (apa saja filling yang ampa suka eg, isi ayam, daging beger, chic ham)
Bell pepper 3 warna (atau apa saja jenis sayuran yg ampa suka eg, mushroom, broccoli)
bawang dipotong bulat(tak suka tak payah letak)
sos pasta tomato based
mozzarella cheese(atau boleh pakai cheese keping tu je)
dried oregano (kalau tak de takpa)
butter@marjerin-
Sapu butter atau marjerin, ratakan sos, susun bahan-bahan, tabur cheese dan dried oregano dan bakar.
6. Roti bakar cheese

Telor
Garam
Pepper
Susu(segar@cair xkisah)
Cheddar cheese yang keping, nak letak cheese lain pun boleh, tak ada masalah)
Butter@marjerin
Sapu butter@marjerin, letak cheese kepilkan dengan roti, salut roti dengan telur dan goreng
7. Roti pisang madu dan peanut butter

Peanut butter
pisang
madu
butter@marjerin
Sapu butter@merjerin, letak peanut butter, susun pisang, drizzle madu dan bakar.
8. Roti telur goyang

Telor
butter@marjerin
kicap
pepper
Bakar roti, sapu butter@marjerin, buat telor setengah masak (kalau pandai buat poached egg), letak dengan cermat atas telur, letak kicap dan pepper.
**Bahan tak ade sukatan…boh la banyak mana ikut selera masing-masing.
Sekian terima kasih
Sumber: Nora Yusof