Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MET Malaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat & Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Hingga 7 Malam Ini

Gambar sekadar hiasan

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda di beberapa buah negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 3.50 petang tadi.

Berikut adalah negeri dan kawasan yang terlibat:-

  • Perak: Larut, Matang, Selama, Manjung & Perak Tengah

  • Selangor: Hulu Selangor, Gombak, Petaling & Hulu Langat

  • Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur: Seluruh wilayah

  • Negeri Sembilan: Jelebu, Seremban, Port Dickson & Rembau

  • Melaka: Seluruh negeri

  • Johor: Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi & Johor Bahru

  • Sarawak: Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu), Kapit, Bintulu (Tatau, Sebauh), Miri (Marudi) & Limbang

  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) & Kudat (Kota Marudu)

  • WP Labuan: Seluruh wilayah

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia