Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan ramalan cuaca menjelang Hari Raya Aidiladha bagi tarikh 31 Julai 2020 dan 1 Ogos 2020.
Menurut kenyataan di portal rasmi MetMalaysia, ramalan cuaca pada tarikh 31 Julai 2020 dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Pada sebelah pagi, hujan di satu dua tempat di Sarawak (Bahagian Miri & Limbang), Sabah (Bahagian Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan WP Labuan.Tempat-tempat lain cerah / tiada hujan.
Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir di satu dua tempat di pedalaman Semenanjung, Sarawak (Bahagian Miri & Limbang), Sabah (Bahagian Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan WP Labuan. Tempat-tempat lain cerah / tiada hujan.
Pada sebelah malam pula, hujan di satu dua tempat di pedalaman Pahang, Kelantan dan Terengganu, Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang), Sabah (Bahagian Pantai Barat, Pedalaman, Kudat & Sandakan) dan WP Labuan. Tempat-tempat lain tiada hujan.
Manakala, pada tarikh 1 Ogos 2020 pula, hujan dan ribut petir dijangka juga akan berlaku di beberapa negeri di semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Pada sebelah pagi, hujan di satu dua tempat di kawasan pantai di Kedah, Pulau Pinang dan Perak, Sarawak (Bahagian Miri & Limbang), Sabah (Bahagian Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan WP Labuan. Tempat-tempat lain cerah / tiada hujan.
Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir di satu dua tempat di pedalaman Semenanjung, Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang), Sabah (Bahagian Pantai Barat, Pedalaman, Kudat & Sandakan) dan WP Labuan. Tempat-tempat lain cerah / tiada hujan.
Pada sebelah malam, hujan di satu dua tempat di pedalaman Perak,Terengganu, Kelantan dan Pahang, Sarawak (Bahagian Kapit, Miri & Limbang), Sabah (Bahagian Pedalaman, Pantai Barat & Sandakan) dan WP Labuan. Tempat-tempat lain tiada hujan.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia