Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

METMalaysia Jangka Lebih Banyak Gempa Bumi Susulan, 20 Gegaran Dikesan Setakat Pukul 1 Tadi

Gambar: Google Maps

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan bakal berlaku gegaran susulan selepas gegaran utama berlaku kira-kira jam 9.39 pagi tadi, lapor Bernama.

Setakat jam 1 tengah hari tadi, dilaporkan sebanyak 20 gegaran dikesan berlaku di kawasan gegaran utama dengan magnitud paling kuat direkodkan pada 5.1 skala Ritcher.

Kejadian gegaran susulan itu turut disahkan oleh Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah hari ini.

“Setakat ini, pihak kami telah mengesan sebanyak 20 gempa bumi susulan yang berlaku selepas gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Ritcher tersebut dan ada juga gempa bumi susulan yang dirasai,” katanya.

Muhammad Helmi menyatakan bahawa gempa bumi susulan telah berlaku tengah hari tadi dan menjangkakan lebih banyak gegaran susulan hari ini.

“Gempa bumi susulan terkuat adalah berukuran 5.1 pada skala Ritcher yang baharu saja berlaku sebentar tadi pada tengah hari ini. Pihak kami menjangkakan akan berlaku beberapa siri gempa bumi susulan pada hari ini,” jelas Muhammad Helmi kepada Bernama.

Sebelumnya, gegaran dilaporkan dirasai di hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pagi tadi.

Sumber: Bernama TV