Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat & Ribut Petir Di Seluruh Negeri Hingga Petang Ini

Kredit: Google

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negeri di Malaysia.

Berdasarkan kenyataan pada 3.20 petang tadi, hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda kawasan terlibat sehingga jam 6 petang ini.

Berikut adalah negeri dan wilayah yang dijangka terlibat menurut MetMalaysia:

Perlis

Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)

Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)

Perak

Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang)

Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang)

Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)

Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)

WP Kuala Lumpur

WP Putrajaya

Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin)

Melaka

Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi)

Sarawak: Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran)

Kredit: MetMalaysia

Sumber: MetMalaysia