Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Seluruh Malaysia Hingga 5 Petang Ini

Kredit: Google/Coin Desk

Putrajaya, 23 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kebanyakan kawasan di Malaysia sehingga jam 5 petang ini.

Iklan

Amaran yang dikeluarkan pada 2.20 petang sebentar tadi merangkumi seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, WP Kuala Lumpur dan Johor.

Sementara itu, ribut petir dijangka berlaku di beberapa bahagian di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Terengganu pula, ribut petir diramal melanda Besut, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman serta Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

MetMalaysia turut menjangkakan ribut petir di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang di Sarawak.

Kawasan di Sabah yang diramal terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Kredit: MetMalaysia

Sumber: MetMalaysia