Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mimpi Pelik Ketika Demam Panas, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Pada Otak Anda
Tidak dinafikan, bila demam panas, mimpi yang datang selalunya jadi pelik dan lain macam daripada biasa.
Ia bukan sekadar mimpi biasa, tapi boleh jadi sangat mengganggu, menakutkan, dan kadang-kadang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.
Berbanding mimpi harian yang lebih ringan, mimpi ketika demam selalunya memberi kesan emosi yang kuat sebaik sahaja terjaga.
Justeru, hari ini SK ingin jelaskan apa yang sebenarnya berlaku pada otak anda, menurut Public Health Malaysia.
Masa demam panas yang teruk, pernah tak anda tidur-tidur ayam lepas tu bermimpi benda yang sangat pelik?
Rasa macam kepala dihempap batu besar, rasa jatuh dari tempat tinggi, atau tenggelam lemas dalam air. Benda tu rasa SANGAT REAL, sampai anda terjaga dalam keadaan tercungap-cungap
Jangan risau, anda tak kena sampuk dan tak diganggu makhluk halus. Ini adalah fenomena sains yang dipanggil 'FEVER DREAMS' (Mimpi Demam).
Bila suhu badan anda naik, fasa tidur anda akan terganggu. Otak kita masa tidur bukan sekadar "buat cerita", tapi ia juga sedang memproses sensasi fizikal dari badan yang sedang sakit.
Jadi, bila anda demam dan ada simptom seperti:
Sakit kepala yang berdenyut kuat (salur darah mengembang).
Hidung atau ruang sinus tersumbat teruk.
Badan lenguh, bisa, dan berat.

Otak akan "terjemahkan" kesakitan fizikal ini menjadi sebuah naratif mimpi. Kesakitan di kepala itu divisualkan oleh otak sebagai "batu besar yang menindih" supaya ia logik dengan cerita dalam mimpi anda. Ia adalah cara otak memberi 'bentuk' kepada rasa sakit.
Kalau mimpi atau halusinasi ini datang pakej dengan tanda-tanda bahaya di bawah, ia mungkin BUKAN mimpi demam biasa. Ia mungkin tanda jangkitan selaput otak (MENINGITIS/ENCEPHALITIS):
Sakit kepala yang amat dahsyat.
Leher jadi kejang dan keras (tak boleh tunduk tengok dada).
Muntah memancut.
Sangat sensitif pada cahaya (silau).
Pesakit jadi terlalu keliru, merapu, atau susah dikejutkan.
Kalau ada 'Red Flags' ni, jangan tunggu lagi, terus bawa ke Jabatan Kecemasan!
