Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Minta Sunting Gambar Bermain Meriam Buluh, Terhibur Lihat Hasil "Edit" Netizen

Sunting Gambar Bermain Meriam Buluh
Kredit: Arissa Bantason Arissa
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Minta Sunting Gambar Bermain Meriam Buluh, Terhibur Lihat Hasil "Edit" Netizen

Memiliki telefon pintar hari ini sudah menjadi satu kemestian kepada orang ramai.

Peranti tersebut bukan sahaja digunakan sebagai medium berkomunikasi, malah menjadi alat untuk mencari maklumat semasa dan meningkatkan produktiviti ketika waktu lapang.

Seiring dengan peredaran zaman, telefon pintar kini memiliki kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer untuk membuat kerja-kerja suntingan.

Jika dahulu pengguna mungkin perlu mendapatkan khidmat pakar untuk kerja-kerja di atas. Kini anda boleh mengambil gambar dan membuat suntingan berbekalkan telefon pintar di mana-mana sahaja.

Dengan perkembangan teknologi yang pesat, peluang untuk mempelajari teknik penyuntingan semakin mudah diakses, membolehkan sesiapa sahaja menonjolkan bakat kreatif mereka tanpa perlu memiliki latar belakang profesional.

Tambah pula dengan pelbagai filter dan tools yang disediakan dalam aplikasi telefon, gambar yang diambil dan disunting boleh menjadi sangat menarik ataupun menghiburkan orang ramai.

Akak-akak minta edit main meriam buluh

Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Arissa Bantason Arissa telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?

Dalam hantaran itu, dia berkenaan memohon bantuan orang ramai untuk menyunting gambar dia bersama dua lagi rakannya yang sedang bermain mercun.

Kredit: Arissa Bantason Arissa

"Tolong edit kami anak dara main meriam buluh!"

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.

Minta tolong editkan gambar, sekali macam-macam pula yang keluar

Apa yang melucukan, penyunting gambar begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.

Di samping itu, setiap hasilnya bukan sahaja mengundang gelak tawa, bahkan membuatkan orang ramai kagum dengan imaginasi mereka yang luar biasa.

Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang diluar kotak pemikiran.

Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda dibawah.

Kredit: Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Kredit: Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Kredit: Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Kredit: Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Kredit: Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Kredit: Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Kredit: Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Kredit: Kumpulan Edit Apa Hari Ni?