Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Minta Sunting Gambar Suami Peluk Anak Dinasour, Terhibur Lihat Hasil Tukang “Edit”
Hari ini, hampir mustahil nak bayangkan hidup tanpa telefon pintar. Gajet ini bukan lagi sekadar pilihan, tapi satu keperluan yang menemani kita dari pagi sampai malam.
Peranti kecil ini bukan sekadar alat untuk berhubung, tetapi juga menjadi medium utama mencari maklumat, mengurus kerja, malah mengisi masa lapang dengan lebih produktif.
Dengan kemajuan teknologi, kualiti telefon pintar kini hampir setara kamera profesional dan komputer riba dari segi rakaman video, gambar dan pelbagai lagi kegunaan.
Semuanya boleh disiapkan hanya dari skrin sebesar tapak tangan. berbanding dahulu, perlu mendapatkan khidmat pakar untuk mengambil gambar atau menyunting video.
Lebih-lebih lagi, pelbagai filter dan tools menarik yang tersedia dalam aplikasi moden, hasil gambar dan suntingan bukan sahaja kelihatan profesional, malah mampu mencuri perhatian dan menghiburkan ramai orang.
Baru-baru ini, seorang pemilik kepada akaun Facebook Itu Lah Tu telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?
Dalam hantaran tersebut, dia meminta pertolongan orang ramai untuk menyunting gambar suami yang memeluk seekor anak lembu, disunting kepada anak dinasour.

Melihat kepada permintaan wanita itu, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang ‘keemasan’ ini untuk mempamerkan bakat suntingan masing-masing.
Paling mencuri perhatian, kreativiti netizen dalam menyunting gambar memang tak ada tandingan. Kadang, hasilnya sampai buat kita tersenyum sendiri malah ada yang gelak sampai berair mata.
Berikut SK kongsikan antara hasil karya warga maya di bawah;




















Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat hasil suntingan berkenaan dan menyifatkan ramai yang begitu kreatif dalam suntingan gambar.
Sumber: Itu Lah Tu via Edit Apa Hari Ini