Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Minyak Akan Melimpah Keluar Melalui..,” Lelaki Ini Kongsikan Kenapa Jangan Isi Minyak Kereta Terlampau Penuh

Gambar: Mohd Ekram Marfuadi, ThoughtCo

Pasti ramai diantara kita yang selalu isi minyak full tank di stesen minyak, akan cuba menekan nozel walaupun nozel minyak tersebut telah berhenti mengisi kerana tangki minyak kereta telah penuh.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Mohd Ekram Marfuadi ini, perbuatan tersebut sebenarnya tidak disarankan dibuat. Ini kerana, menurutnya jika minyak terlampau penuh sangat, ianya akan melimpah keluar melalui overflow port.

Jadi, apakah yang sepatutnya dilakukan? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Isi minyak kereta di shell.

Saya : Tolong isi penuh Akak Shell : Biar akak isikan

Akak yang baik tu angkat nozzle minyak masuk ke tangki kereta saya dan tekan dan locked.

Bila tangki sudah penuh, nozzle tu akan release dengan sendiri. Akak Shell tanya saya..

Akak Shell : Mau isi betul-betul penuh ka? Saya : Tidak. Cukuplah tu.

Sebenarnya tangki minyak perlu 2% expansion space. Sebab tu tidak perlu paksa kasi penuh betul.

Ruang 2% expansion bertujuan untuk provide positive pressure dalam tangki minyak supaya mudah minyak di pam ke enjin.

Kalau minyak penuh sangat dalam tangki, fuel pump terpaksa bekerja lebih kuat. Positive pressure (2% expansion) dalam tangki akan memudahkan kerja fuel pump. Fuel pump akan tahan lama.

Lagipun, kalau isi minyak penuh sangat, minyak akan melimpah keluar melalui overflow port. Di sebabkan fuel volume expansion due to temperature change.

Rugi isi minyak penuh sangat sampai kasi goyang kereta, last-last minyak di buang ke luar tangki. Huhu

Untung belajar engineering!

Sumber: Mohd Ekram Marfuadi