Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Misi 2020 Saya Tercapai,” Gadis Berjaya Turun Berat Badan, Tampil Lebih Bergaya Menjelang Tahun Baru Dengan Diet Ini

Gambar: Nurul Afifah Roslan
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pasti ramai diantara kita yang sedang mengamalkan diet dan dalam perjalanan untuk menurunkan berat badan pada ketika ini.

Seperti yang semua ketahui, untuk menurunkan berat badan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Malahan, tiada jalan pintas untuknya.

Namun ianya bukanlah perkara yang mustahil kerana segalanya hanyalah boleh dicapai dengan usaha, disiplin serta amalan gaya hidup sihat yang betul.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nurul Afifah Roslan ini. Dia telah berjaya menurunkan berat badan daripada 86.2kg ke 65kg dalam masa 7 bulan sahaja.

Untuk mengetahui cara serta rutin yang diamalkannya, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Alhamdulillah. Misi 2020 saya tercapai. Misi anda pula bagaimana? Nak start, jangan lupa gali cari ilmu dulu. Ambik semangat daripada mereka-mereka yang berjaya.

Baru boleh konsisten in shaa Allah. Semoga dapat bagi semangat kat yang lain-lain yang tengah struggle. Ingat… Tiada yang mustahil.

Menerusi temuramah yang dilakukan, berikut adalah rutin amalannya dalam perjalanan menurunkan berat badan:

Saya start journey 86.2kg – 65kg . Masih dalam track road to 60kg ( misi 2021 )

Saya gunakan 3 kaedah diet dan journey selama 4 bulan lebih.

Kaedah diet saya : Intermittent Fasting, Diet Suku Suku Separuh, Senam kardio *Kadang kala pengiraan kalori

Intermittent Fasting

Saya berpuasa 16 jam, 18 jam, 20 jam, 23 jam. Jika hari minggu saya keluar, saya akan kurangkan masa puasa ke 14-16 jam.

Diet suku suku separuh

Bila time makan pula saya akan makan ikot cara diet suku suku separuh. Nasi suku, ayam or ikan , lebihkan sayur atau buah dan air masak 2 liter sehari wajib.

Senam kardio

Senam kardio pula saya buat hari-hari tanpa gagal. 30minit. Macam mana penat kerja pun saya akan cuba cari masa. Untuk senam kardio (Saya ambil yang low impact sebab saya rasakan yang ni paling sesuai untuk mereka yang ingin memulakan diet)

Kalori defisit

Jika saya makan di luar pula, saya akan lebih mengira kepada kalori defisit menggunakan aplikasi yang ada.

Aplikasi yang saya guna:

Myfitnesspaluntuk tahu sehari berapa banyak kalori yang saya dah ambil.

Monitor your weightuntuk melihat perkembangan berat saya.

Fasting Trackinguntuk monitor aktiviti Intermittent Fasting saya.

Sumber: Nurul Afifah Roslan Via Diet Suku Suku Separuh