Kadang kala, permintaan daripada ibu bapa boleh menjadi satu misi yang tidak disangka-sangka buat anak-anak.
Lebih-lebih lagi apabila mereka mahukan sesuatu barang yang sama seperti yang sudah biasa digunakan di rumah.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads mengenai pesanan bapanya yang meminta dia mencari penyepit baju dengan reka bentuk sebiji dan seiras seperti yang dimiliki mereka.
Misi cari penyepit baju untuk abah
Perkongsian @__lelasra itu ternyata mencuri perhatian ramai apabila netizen turut sama membantu mencari penyepit baju yang diinginkan bapanya.
“Abah suruh cari penyepit yang sebijik-sejibik macam ni gais. Cuba tengokkan mana yang hampir sama,” katanya.
Menurut wanita itu, bapanya ingin penyepit yang sama kerana ia tidak reput.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bukan sahaja terhibur, malah turut sama mencari penyepit baju tersebut sehingga ada yang berseloroh seolah-olah mereka sedang menyiapkan tugasan berkumpulan.
“Thread ni memang kelakor. Nak beli penyepit pun boleh jadi topik hangat, sampai 100 lebih manusia join skali. Hahahahah”
“Nervous tengok pilihan yang ada. Tengah rehat-rehat ni kat kampung, tetiba ada group assignment”
“Sis stress sorang-sorang bolehkan? Nak jugak ajak kitaorang”
“Nasib baik dah jumpa! Kalau tak idok tenang bercuti ni ada assignment cari penyepit”
“Macam cerita Dora the Explorace kau buat kitorang ni”
Siapa sangka, gara-gara penyepit baju, satu Threads boleh bertukar menjadi “group assignment” yang melibatkan ramai orang. Nasib baik akhirnya penyepit yang dicari berjaya ditemui.
