Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

MOCCONA Perkenal Liquid Espresso, Kopi Ala Kafe Premium Kini Sedia Dinikmati Di Mana-Mana

Nur Farra

MOCCONA, jenama kopi warisan yang terkenal dengan aromanya yang kaya serta seni pembuatan Eropah yang melangkaui zaman, kini memperkenalkan inovasinya yang terbaharu: MOCCONA Liquid Espresso. Dicipta untuk pencinta kopi moden yang menghargai kemewahan rasa tanpa kerumitan, pekatan espresso sedia-bancuh ini memudahkan anda menikmati kopi berkualiti kafe bila-bila masa, di mana sahaja.

Rangkaian Liquid Espresso baharu ini hadir dalam tiga pilihan yang menggamit selera: Medium Roast, Dark Roast dan Caramel. Setiap kotak mengandungi 8 sachet espresso yang dibancuh sempurna halus, aromatik dan penuh rasa, seakan kopi barista tanpa memerlukan sebarang peralatan. Hanya tuang satu sachet ke dalam cawan, tambah 150ml air atau susu (sejuk atau panas), kacau dan nikmati. Dicipta untuk gaya hidup yang sentiasa bergerak, nikmat kecil bersaiz poket ini membawa kelazatan kopi kafe ke mana sahaja anda berada di rumah, di pejabat, atau sepanjang perjalanan harian anda.

Dihasilkan daripada 100% Arabica, MOCCONA Liquid Espresso menampilkan kehalusan dan aroma espresso segar — tanpa mesin, tanpa menimbang, tanpa kerja pembersihan. Serba boleh dan mudah disesuaikan mengikut cita rasa, ia sempurna untuk mencipta pengalaman kopi anda sendiri, sama ada latte ais yang berkrim, long black yang padu, mocktail kopi atau affogato yang memukau selera, detik istimewa MOCCONA anda dapat disediakan dalam beberapa saat sahaja.

“Keutamaan pengguna kini semakin berubah ke arah pilihan yang lebih peribadi, mudah dibawa dan menjimatkan masa. Dengan inovasi ini, MOCCONA melangkah seiring dengan tabiat minum kopi yang semakin berubah, menawarkan keserbagunaan baharu untuk pengguna yang mencari gabungan sempurna antara kualiti, rasa dan kepantasan,” kata Fiona Tan, Pengurus Besar JDE Malaysia, pengedar sah MOCCONA di Malaysia.

“Pengguna hari ini mahukan kopi yang hebat tanpa sebarang kerumitan dan itulah yang ditawarkan oleh MOCCONA Liquid Espresso. Ia sempurna untuk mereka yang menggemari pengalaman kafe yang kaya dan autentik, tetapi mahu fleksibiliti untuk menikmatinya di mana-mana sahaja. Kopi premium, dicipta untuk gaya hidup moden.”

Pelancaran MOCCONA Liquid Espresso turut melengkapi rangkaian kopi segera premium jenama ini yang semakin berkembang, mengukuhkan lagi kedudukan MOCCONA sebagai jenama gaya hidup yang mengilhamkan kenikmatan premium di setiap detik kehidupan.

Bagi meraikan pelancaran ini, MOCCONA akan menjalankan pengaktifan digital dan on-ground, menjemput rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman Liquid Espresso sedia-bancuh. Pengguna turut boleh menantikan promosi hadiah dengan pembelian serta siri jelajah interaktif yang menampilkan ciptaan kopi mengikut cita rasa tersendiri.

MOCCONA Liquid Espresso kini boleh didapati di peruncit utama seluruh negara dan secara dalam talian melalui Lazada dan Shopee. Ringkas, mudah dan penuh rasa, kopi ini melengkapkan rutin harian anda, di mana setiap cawan membawa nikmat yang istimewa.

Untuk maklumat lanjut mengenai MOCCONA, sila layari:

Laman Web: www.moccona.my

Facebook: https://www.facebook.com/MocconaMalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/mocconamalaysia/