Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiggo 8 PHEV: SUV Keluarga Premium

TIGGO 8 PHEV SUV

Tiggo 8 PHEV: SUV Keluarga Premium

Kereta PHEV semakin lama semakin mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia apabila kebanyakkan model menawarkan jarak pandu lebih 800km hingga 1,000km.

Ia menepati citarasa ramai pengguna yang menggunakan kereta untuk melancong, balik kampung dan berulang ke tempat kerja dalam jarak yang jauh.

Walaupun harganya sedikit mahal tapi anda dapat menikmati pengalaman seperti memandu BEV dan kereta ICE dalam satu kenderaan.

Chery Tiggo 8 PHEV SUV Keluarga

Disebabkan itu hari ini SK nak berkongsi satu model yang sedia ada dalam pasaran iaitu Chery Tiggo 8 PHEV.

Tiggo 8 PHEV sebuah model SUV segmen D dengan 7 tempat duduk yang gabungkan enjin turbo bersama dua motor elektrik melalui sistem Chery Super Hybrid.

Model ini juga menjadi model paling premium dalam barisan Chery ketika artikel ini ditulis sebelum tibanya Tiggo 9 nanti.

Spesifikasi

Tiggo 8 PHEV menggunakan enjin 1.5L TGDi dengan menjana kuasa 143PS dan 215 Nm torque.

Manakala bagi dua elektri motor pula menjana kuasa 204PS dan 310Nm torque serta jarak pandu dalam mod EV sekitar 90km.

Untuk jarak pandu gabungan, Tiggo 8 PHEV ini boleh dipandu sejauh 1,200km (NEDC) dengan kapasiti tangki petrol 60L.

Ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 18.3kWh dengan pengecasan pantas 30-80% (DC) hanya ambil masa 19 minit sahaja.

Untuk pengecasan AC pula ambil masa 3 jam untuk capai 80% dari 30% serta ada ciri V2L sehingga 3.3kWh.

Rekaan Luaran

Rekaan badan Tiggo 8 PHEV ini memang persis Tiggo 8 Pro cuma perbezaan dari segi dimensi dan berat kerana penambahan elektrik motor dan bateri.

Dengan lampu full LED depan dan belakang serta rekaan yang sharp menampakkan Tiggo 8 PHEV ini nampak sporty walaupun ia kereta keluarga.

Ia juga mengguanakn tayar saiz 19 inci dengan rim yang nampak kereta ini sebuah SUV keluarga yang premium.

Dalam Kabin

Tempat duduk Tiggo 8 PHEV ini dibalut dengan Faux Leather dengan power adjustable untuk tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Dalam armrest di tengah juga disediakan peti penyimpanan dingin dan siap air cond vent untuk tempat duduk baris kedua dan ketiga.

Ia juga lengkap dengan skrin infotainment 15.6 inci dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar serta 10.25 inci instrument cluster meter.

Ciri Keselamatan

SUV segmen D premium dah tentu ciri keselamatan juga premium dengan fungsi ADAS lengkap ACC, ICC, Intelligent High Beam dan banyak lagi.

Model ini turut lengkap dengan 8 beg udara depan dan belakang bagi menjamin keselamatan pengguna dan keluarga.

Tiggo 8 PHEV datang dengan tiga warna Aurora Green, Khaki White dan Carbon Black yang cukup menawan.

Pengalaman Pemanduan

Sepanjang pengalaman SK memandu Tiggo. 8 PHEV ini, SK merasakan pengalaman memandu seperti kereta EV.

NVH kereta ini juga SK boleh bagi 4 per 5 bintang kerana bunyi dari luar sangat kurang masuk ke dalam kabin.

Untuk harga RM159,400, sudah pasti handling yang sangat selesa untuk perjalanan jauh dan badan kurang rasa penat selepas memandu walaupun kereta ini panjang.

Jimat minyak tu sudah tentu kerana SK pandu ke kampung dan pulang semula ke bandar tak perlu isi minyak atau cas bateri pun.

Pulangkan kereta di HQ Chery tetap ada baki petrol dalam tangki. Untuk maklumat lanjut atau nak pandu uji boleh layari laman web Chery.