Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Moga-moga Mereka Dikurniakan Syahid Akhirat…” – Dr Zulkifli
Berlaku tanpa sebarang petanda, kejadian pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam hari ini memberikan satu kejutan besar buat Malaysia.
Tragedi itu meragut 10 nyawa, terdiri daripada enam orang penumpang dan dua kru pesawat serta dua orang awam.
Difahamkan, antara yang terkorban dalam nahas tersebut adalah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Menurut CAAM, pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 2.08 petang dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden terbabit.
“Takziah saya ucapkan kepada 10 keluarga mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina.”
Jelas Dr. Zulkifli, semoga mangsa yang terkorban dalam pesawat terhempas itu dikurniakan syahid akhirat kerana kematiannya berpunca dari kemalangan.
“Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan).
“Kalimah al-hadm juga boleh difahami sebagai himpitan atau pertembungan, atau dalam konteks semasa difahami sebagai kemalangan.” jelasnya.
Dr. Zukifli kemudian membawakan hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Selain Dr. Zulkifli, terdapat beberapa orang kenamaan yang turut memberikan ucapan takziah kepada mangsa.
Ahli Parlimen Bentung, Young Syefura Othman telah mengucapkan takziah kepada salah seorang mangsa tragedi, Datuk Seri Johari Harun menerusi hantaran Facebooknya.
“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan di rencanakan kelak,” katanya.
Sumber: @drzul_albakri via Twitter