Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mohd Hisyamuddin Ghazali Ketua Pengarah J-KOM Yang Baharu
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri Mohd Hisyamuddin Ghazali dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang baharu. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan itu berkuat kuasa semalam.
Mohd Hisyamuddin menggantikan Datuk Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatannya pada Ahad selepas lebih setahun menerajui jabatan itu.
“Semoga terus cemerlang menggalas amanah demi memperkukuh komunikasi kerajaan yang berkesan dan diyakini rakyat,” katanya melalui hantaran di Facebook.
Menerusi gambar yang dikongsikan, pelantikan Mohd Hisyamuddin turut disaksikan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Shamsul Azri juga menzahirkan penghargaan kepada Ismail atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat.
“Semoga terus aktif dalam menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti,” katanya.